salam people. alhamdulillah, hari ni aku sekeluarga masih mampu bernafas, menikmati segala kurniaan drpd Maha Pencipta dan segala kesenangan yg diberikan oleh-Nya. hari nih public holiday sempena penabalan agong. dan hari ni jugak, aku teringin nk ke kedai buku kot2 adelah buku or novel yg mnarik utk dibaca. hehe. round punye round lame jugak la, end up xde yg bekenan. ntahla. mcm tibe2 xde mood nk membeli sgt. jiwa mcm kacau je. selesai dlm pukul 5 lebih mcm tuh, aku pun balik. selesai solat Asar, aku buka fb. ntahla mcm ade bnda menarik utk dibaca. tup2. sana sini org ckp pasal gmpa bumi di Acheh. astagfirullahallazim!
gmpa bumi tuh kuat jugak la 8.9 skala Richter. mase disember 2004 dulu, lebih 200 000 org mninggal dunia sbb tsunami susulan gempa bumi yg kuatnya 9.1 skala Richter. apa bezanya kan?? Allah s.w.t Maha Berkuasa dan tiada yg mampu menafikannya. sekarang nih semuanya da terlampau teruk, teruk sangat! aku admit, dulu pon aku xla baik sangat malah pernah buat perkara yg x akan Allah redhai. tp Allah itu sayang pada setiap hambanya. ya memang, saudara2 di sekelilingku ini semuanya Islam. tetapi takut sungguh aku melihat realitinya sekarang. ada yg benar mengikut syariat Islam, berdakwah dan sntiasa mengamalkan amar makruf nahi mungkar. alhamdulillah juga aku sentiasa berada dekat dgn golongan ini. tp ada juga yg makin jauh, terpesong dr agama sendiri. aku hanya mampu melihat, dan sdikit demi sdikit menitipkan nasihat slagi termampu. aku juga bukan manusia sempurna, tp aku akan sentiasa memperbaiki diri aku. insyaAllah
sekarang, ramai antara kita yg risau! perihal keluarga, rakan2, saudara-mara dan sebagainya. apa yg akan terjadi? jabatan meteorologi sudah meramalkan tsunami di beberapa buah negara, termasuklah negara yg aku tinggal sekarang, Malaysia. malah ada yg menjangka tsunami akn dtg juga di Port Dickson, N9. hmm kalau ikutkan, peluangnya tipis kerana PD terlindung oleh Sumatera. namun kuasa Allah siapa yg mampu menidakkannya?? kun faya kun. apa yg ditetapkan terjadi, akan terjadi. kita sekrang hanya mampu berdoa, memohon pertolongan drpd Maha Pencipta. namun, ini semua adalah petanda drpd Allah. petanda yg mengatakan semuanya sudah keterlaluan. semua ini berbalik kpd kita manusia sendiri. lihat sahaja ap yg terjadi sekarang. perempuan sudah tiada segannya dgn lelaki, aurat makin tidak terjaga, manusia semakin kejam dan rabun dek kerana harta dan pangkat dunia. di kubur nanti juga semua antara kita tiada bezanya. semuanya kembali dgn cara yg sama.
melihat suasana di pusat membeli-belah aku kunjungi td sahaja sudah cukup menceritakan semuanya. mmg, hari ini cuti dan tidak hairanlah kalau penuh dgn org. tp aku pelik juga mulanya. ke mana mereka semuanya sedangkan aku lihat bahagian pasaraya tidaklah begitu ramai org. begitu juga dgn tmpat membeli barang2 di tmpat lain. kedai buku dan sebagainya. masih ada org, tp tidaklah seramai atau sebanyak seperti bilangan kereta yg mlimpah2 di luar. ayahku juga terpaksa berjalan2 di tempat lain, meninggalkan kami di situ kerana tiada lansung tmpat parking yg kosong! aku meninjau2, rupanya ramai sungguh manusia di pawagam, tempat main game, karaoke dan pusat bowling. mane yg mnjerit, mmg menjerit lah. yg dkt pawagam punye lah pnjg org beratur. hmm, dlm fikiranku..mungkin hari ini sahajalah utk mereka spend time dgn family. jd aku tidak berfikiran terlalu negatif. tp hakikatnya, manusia mungkin alpa seketika, terlalu berseronok sehingga lupa kewajipan kita sebagai seorang Muslim dan Muslimah. wallahualam. saya manusia biasa, x mungkin membuat andaian yg buruk, takut bertukar fitnah. tp..renung2kan lah. tiada yg mustahil di dunia ini. semuanya tertakluk kpd Tuhan yg satu, iaitu Allah s.w.t.
assalammualaikum :)
No comments:
Post a Comment