Wednesday, 21 March 2012

terima kasih semua :)

salam people. alhamdulillah. hari ini semua pelajar tingkatan 5, 2011 selamat ambil keputusan SPM masing2. mungkin ade yg berjaya dgn cemerlang, dan ade juga yg dpt keputusan yg sedikit mengecewakan. namun, result spm yg kurg baik bukanlah penamat hidup seseorang tuh. kalau selepas kita mengalami kekecewaan tersebut kita berani utk bangkit dan meneruskan kehidupan, tiada yg mustahil! lagipun, ramai sgt contoh2 org yg kurg berjaya ketika zaman remajanya tetapi mampu membina kerjaya yg lebih baik drpd org yg pernah berjaya. namun, bg mereka yg berhasil mendapat keputusan yg baik, jgn lupe utk ucapkan terima kasih kepada Allah s.w.t. yg memberikan rezeki tersebut. gunakan peluang tersebut sebaiknya utk bergerak maju ke hadapan.

hari ini, aku melangkah penuh debar ke sekolah. al-mathurat menemani aku ketika masih dalam perjalanan ke sekolah. gundah di hati hanya Allah yg tahu. aku memikirkan nasibku yg ntah dapat apa yg diinginkan atau tidak. bukan untk dibanggakan keputusan aku itu kpd semua org, tetapi ingin aku genggam kejayaan itu agar mudah aku meneruskan langkah utk mengisi ruang masa depanku dgn baik. aku tahu ape yg bermain di fikiran ibuku. mane nak cari duit nak biayai kos pembelajaran aku di universiti kalau tiada result yg baik utk mohon biasiswa? ape nasib anakku kalau die sukar utk mndapat peluang utk melanjutkan pelajaran dan mengejar cita2 yg diidamkan? bukan dia sahaja, malah persoalan itu terus-terusan bermain dalam minda aku. keluarga bukanlah org berada sangat. bagiku, masih sukar utk ibu bapaku mengumpul jumlah wang yg banyak utk menyambung pelajaranku. oleh sebab itu, aku terus berjanji dan aku tanam dalam diri aku, yg x mungkin aku sia2kan peluang aku blaja di sbp, dan memperoleh keputusan yg cemerlang. alhamdulillah, Allah mendengar setiap rintihan doaku, dan memberi aku peluang utk memperoleh keputusan yg sudah cukup cemerlang buatku, walaupun ramai lagi yg jauh lebih baik drpd aku. terima kasih ya Allah dan aku bersyukur dgn rahmatMu ini.

sejarah yg tercipta hari ini akan terus terpahat dalam minda aku. tp aku x boleh lalai! aku x boleh leka! x boleh alpa! x boleh terlalu gembira! perjalanan aku masih jauh, jauh lagi. semoga hari2 mendatang, dapat ku tempuhi dgn baik dan dijauhi perkara yg tidak diingini. insyaAllah :) menara gading adalah tempat yg akan aku tuju selepas ini, semoga aku akan belaja dgn lebih rajin dan baik utk mendapat kerjaya yg baik. amin~ aku harap juga diri ini akan sentiasa berada di jalan yg benar, melaksanakan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya, serta menjadi anak yg solehah dan insan yg berguna.

terima kasih aku ucapkan kepada kedua-dua ibu bapaku atas dorongan mereka, adik beradik yg sentiasa memberi semangat, guru2 yg tidak putus2 memberi tunjuk ajar dgn penuh sabar, rakan2 yg selalu di sisi walau apa pun yg terjadi, ahli keluarga yg memberi keyakinan pada diri ini serta semua insan yg sentiasa mendoakan yg terbaik, akan aku doakan yg terbaik utk kalian juga.

thank you very much :)

Monday, 19 March 2012

penentu :)

salam people. alhamdulillah Allah bg lagi kesempatan utk hidup. okeyh. 1 more day to go. seriously da tahap mcm nk ketuk kpale kt dinding. semestinya takut yg teramat2. tp ape pon yg Allah bg, aku yakin dia dah aturkan yg terbaik buat aku. dpt result yg baik akan memudahkan aku memilih peluang yg lebih baik utk mase depan. insyaAllah, xde yg mustahil klu kita byk brusaha, berdoa dan teruskan bertawakal.

210312, i'm looking forward to see u. semoga hari tersebut berjalan dgn lancar, penuh makna, cuaca yg baik, penuh limpahan rahmat drpd-Nya dan dijauhi perkara yg tidak diingini. Amin~

assalammualaikum.