Wednesday, 25 April 2012

marah dan sayang :)

 kadang2 kita mudah sgt kan marah. dgn sape2 je. kdg2 dgn parents pon kita bole 'ter'marah padahal, bnda2 mcm nih x patut jd. mak n ayah dah byk sgt berkorban utk kita
dan kalau mereka marah dgn kita, bersabarlah. dia SAYANG dgn kita
percayalah
setiap perkara yg mereka lakukan ada sebab
sbb mereka terlebih dahulu berpeluang merasa bagaimana hidup di dunia nih
perit manis, susah payah
terima kasih mak ayah, i will do my best in life
oleh itu, bg memastikan mereka x kecewa denganku
dan memperbaiki kesalahanku
aku janji
ape pon yang mereka minta drpdku
selagi ianya baik dan x bertentangan dgn agama
insyaAllah
aku tunaikan :)




Wednesday, 18 April 2012

dilema hidup

salam people. fuhh hari ni mrupakan hari yg pnat jugak buat aku. ntahla buat keje mcm biasa je, tp mgkin sbb hari ni panas sikit kann? xpela. kan Allah bg hujan ribut, tau pulak sejuk n sume bnda x bole nk buat. haha. ok x lame je lg aku dah nak bla pgi u. arghhh. cepatnya la kan. dah 18 dah aku nih rupenye. perghh. klu tgk rupe mmg mcm org matang, tp perangai aku. hahaha yg ni lawak. aku layan kartun lg. fesyen aku sume still mcm budak2 biasa je. kalau nk kluar nk bawak handbag pon mlas kdg2. hehe mcm budak skola lagi. tu lah sbb dah biasa life simple kan?


oh ye. ramai yg suruh aku apply MARA pnye pinjaman, dgn harapan aku boleh fly ke luar negera. alahai ni yg aku lemah nih..hahaha. x tau knape, aku mmg x terlintas lnsg nk gi oversea nih. lg2 pulak ni pinjaman je, dah perform bagus br tukar jd biasiswa. takut la plak. nk apply dlm negara pnye, MARA offer gi ipts. lagi la aku tak nak. so konklusinya, duduklah aku di sini, menanti upu kluar dan mgharap mengena la mana2 ipta yg aku mintk. Amin~ haishhh susah btul n rumit gile life after spm nih. tuh nk kne buat, ni nk kne buat.


ni lah sbnarnya permulaan fasa hidup aku yg baru, menuju ke alam dewasa. aku spatutnya lebih matang dan seharusnya berdiri sndiri dlm menentukan hala tuju hidup. apa yg aku rasa, itu yg ptut ak buat. dan aku telah tentukan sebahagian drpdnya. insyaAllah segalanya akan berjalan lancar. semoga Allah mempermudahkan setiap urusan hidupku. aku harap mereka yg berada di sekelilingku, mendoakan kejayaan aku. insyaAllah, aku doakan juga kesejahteraan dan kejayaan setiap drpd korg.


semoga aku tabah mghadapi cabaran seterusnya.


salam,
aylilurrun :)

Wednesday, 11 April 2012

petanda dari Allah s.w.t

salam people. alhamdulillah, hari ni aku sekeluarga masih mampu bernafas, menikmati segala kurniaan drpd Maha Pencipta dan segala kesenangan yg diberikan oleh-Nya. hari nih public holiday sempena penabalan agong. dan hari ni jugak, aku teringin nk ke kedai buku kot2 adelah buku or novel yg mnarik utk dibaca. hehe. round punye round lame jugak la, end up xde yg bekenan. ntahla. mcm tibe2 xde mood nk membeli sgt. jiwa mcm kacau je. selesai dlm pukul 5 lebih mcm tuh, aku pun balik. selesai solat Asar, aku buka fb. ntahla mcm ade bnda menarik utk dibaca. tup2. sana sini org ckp pasal gmpa bumi di Acheh. astagfirullahallazim!

gmpa bumi tuh kuat jugak la 8.9 skala Richter. mase disember 2004 dulu, lebih 200 000 org mninggal dunia sbb tsunami susulan gempa bumi yg kuatnya 9.1 skala Richter. apa bezanya kan?? Allah s.w.t Maha Berkuasa dan tiada yg mampu menafikannya. sekarang nih semuanya da terlampau teruk, teruk sangat! aku admit, dulu pon aku xla baik sangat malah pernah buat perkara yg x akan Allah redhai. tp Allah itu sayang pada setiap hambanya. ya memang, saudara2 di sekelilingku ini semuanya Islam. tetapi takut sungguh aku melihat realitinya sekarang. ada yg benar mengikut syariat Islam, berdakwah dan sntiasa mengamalkan amar makruf nahi mungkar. alhamdulillah juga aku sentiasa berada dekat dgn golongan ini. tp ada juga yg makin jauh, terpesong dr agama sendiri. aku hanya mampu melihat, dan sdikit demi sdikit menitipkan nasihat slagi termampu. aku juga bukan manusia sempurna, tp aku akan sentiasa memperbaiki diri aku. insyaAllah

sekarang, ramai antara kita yg risau! perihal keluarga, rakan2, saudara-mara dan sebagainya. apa yg akan terjadi? jabatan meteorologi sudah meramalkan tsunami di beberapa buah negara, termasuklah negara yg aku tinggal sekarang, Malaysia. malah ada yg menjangka tsunami akn dtg juga di Port Dickson, N9. hmm kalau ikutkan, peluangnya tipis kerana PD terlindung oleh Sumatera. namun kuasa Allah siapa yg mampu menidakkannya?? kun faya kun. apa yg ditetapkan terjadi, akan terjadi. kita sekrang hanya mampu berdoa, memohon pertolongan drpd Maha Pencipta. namun, ini semua adalah petanda drpd Allah. petanda yg mengatakan semuanya sudah keterlaluan. semua ini berbalik kpd kita manusia sendiri. lihat sahaja ap yg terjadi sekarang. perempuan sudah tiada segannya dgn lelaki, aurat makin tidak terjaga, manusia semakin kejam dan rabun dek kerana harta dan pangkat dunia. di kubur nanti juga semua antara kita tiada bezanya. semuanya kembali dgn cara yg sama.

melihat suasana di pusat membeli-belah aku kunjungi td sahaja sudah cukup menceritakan semuanya. mmg, hari ini cuti dan tidak hairanlah kalau penuh dgn org. tp aku pelik juga mulanya. ke mana mereka semuanya sedangkan aku lihat bahagian pasaraya tidaklah begitu ramai org. begitu juga dgn tmpat membeli barang2 di tmpat lain. kedai buku dan sebagainya. masih ada org, tp tidaklah seramai atau sebanyak seperti bilangan kereta yg mlimpah2 di luar. ayahku juga terpaksa berjalan2 di tempat lain, meninggalkan kami di situ kerana tiada lansung tmpat parking yg kosong! aku meninjau2, rupanya ramai sungguh manusia di pawagam, tempat main game, karaoke dan pusat bowling. mane yg mnjerit, mmg menjerit lah. yg dkt pawagam punye lah pnjg org beratur. hmm, dlm fikiranku..mungkin hari ini sahajalah utk mereka spend time dgn family. jd aku tidak berfikiran terlalu negatif. tp hakikatnya, manusia mungkin alpa seketika, terlalu berseronok sehingga lupa kewajipan kita sebagai seorang Muslim dan Muslimah. wallahualam. saya manusia biasa, x mungkin membuat andaian yg buruk, takut bertukar fitnah. tp..renung2kan lah. tiada yg mustahil di dunia ini. semuanya tertakluk kpd Tuhan yg satu, iaitu Allah s.w.t.

assalammualaikum :)

Thursday, 5 April 2012

hidup penuh keterujaan, hahaha

salam people. hahaha. klu bace title aku mcm x betul je kan? hahaha. bukannya ape, sejak dua tiga hari ni walaupun ade jugak perkara2 yg kuarang menyenangkan dkt hati nih, tp alhamdulillah boleh aku tangani dengan sebaiknya. betullah apa org ckp, walau banyak mana pun masalah yg kita, itu xkan menghalang kita utk meneruskan hari2 kita dgn pnuh semangat. setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. insyaAllah, kalau kita sentiasa mohon petunjuk dan hidayah Allah s.w.t, Dia pasti membantu hamba-Nya yg dalam kesusahan.

tiba2 nk share satu cerita yg bagi aku agak klaka utk org yg dah nak amik result spm. masa tuh lebih kurang seminggu sebelum result. time tuh kan cuti seminggu. so klu menung2 je kat rumah memang gelabah la kann? haha. tibe2 terlintas satu perkara yg aku rase x patut budak umur mcm aku mencadangkannye. hahaha. ape bndanye tuh?? dgn pnuh excited aku tibe2 ckp spontan dgn ayah, jom pergi zoo! whatt?? budak da habis skolah mintak pgi zoo?? mcm x kene je aku nihh. hehe. ayah mula2 mcm pndang aku pelik. ye la. adik pon x request bnda mcm tuh, aku pulak yg beria2. haha.

tp......petang tuh kitorg pegi jugak. tibe2 ayah suruh siap, sbb da bosan sgt sgt sgt duduk rumah. haha. lepas zohor, kitorg pegilah zoo melaka. hakhak. yg klakanya, smpai kt ctu dlm 3 lebey mcm tuh, yg dtg semuanya family yg ade budak kecik2. kitorg je family yg semuanya da besar kot dlm fmuly kitorg. hahaha. malu??? xde gunanye la. dah sampai pon. buat muka slamber je la. hehek. ehh our trip kt dlm tuh not bad lah. excited jugak tgk haiwan dpan mata nih. ye la asyik tgk kt tv je. bosan lahh. zoo bukan tmpt utk budak2 je. mne lgi nk tgk haiwan2 menarik klu bukan kt zoo. xkn nk carik sndri kt hutan kann? haha. habis jerr trip, kitorg minum2 kt kedai mamak. sumpah haus gile time tuh, n sgt lega dpt minum! haha. next, ayah drop kitorg dkt mahkota parade, dataran pahlawan. haha. aku jalan2 lah dlm tuhh. tp curious jugak, knape ayah x ikut skali??

hahahaha. rupenye ayah pegi urut kaki dia, sbb lenguh jalan dlm zoo! hahaha kesian ayah. tp aku happy sgt sebab die sggp jugak jalan dlm zoo tu walaupun jauh n die pon x la brape sihat. aku tnye jugak knape ikut je plan aku tuh. stu je jawapan die yg buat aku tersentuh. 'as parents, x smpai pulak hati nk tgk kehendak anak x dipenuhi'. terharu sgt2. tp ayah kate trip tuh berbaloi, sbb akhirnya aku bg balik hadiah as tanda terima kasih aku kt dia, a week after that trip. ayah happy sgt2 walaupun bnda tuh hnya sekeping kertas berdakwat. tq mom n dad, both of u are the best in this world :D


tu lah aku ckp, hidup ni x semestinya kne buat bnda yg kita slalu buat je. kdg2, buat sesuatu yg happening mcm tu pun ok what. xde yg lame nye. hidup nih pnuh dgn peluang dan masa sebenarnya. kita perlu grab peluang tuh n gunakan masa dgn sebaiknya. at the same time, sentiasa mensyukuri nikmat yg Allah s.w.t berikan pd kita dan beribadah kepada-Nya. sentiasa hargai keluarga kita dan ingat selalu dengan Maha Pencipta. Dialah yg bg kita segalanya, termaksud peluang utk hidup di dunia ini :)


assalammualaikum~

Monday, 26 March 2012

headache !

salam people. okeyh skrg cite result aku dah tutup. x nk ckp byk about it. sekarang ni aku nk atur lgkah utk mase depan. seriously, mmg blurr dan x tau la sme ade aku buat bnda yg betul atau x. sbb tu aku sntiasa mintk tnjuk ajar org lain n minta pndapat mereka. x lupe juga utk sntiasa minta ptunjuk drpd Allah. kini pilihan da dibuat dan insyaAllah kalau ade rezeki buat aku, aku akan teruskan perjalanan ke masa depan. semestinye, yg penuh dgn cabaran!

ramai yg ckp aku patut blaja dkt oversea. hmmm, perkara pasal blaja ni first mesti ade minat dan yg kedua mesti slesa dgn our environment of studies. sejak dulu lg, niat nk blaja dkt oversea tu xde lansung dalam hati n minda kecil aku nih. xde lansung. bg aku, x rugi pon klu x blaja dkt oversea. dkt malaysia pon selesa, dkt dgn kluarga n aku da tau selok-belok hidup dkt negara sendiri. negara org?? aku ni masih byk bnda nk kene blaja n dalami, especially dalam pasal2 agama nihh. mungkin aku patut stay je dkt malaysia nih, dan insyaAllah dkt mane pon kite blaja kalau ikhlas, Allah s.w.t. akan bantu kite dan lindungi kita. xpelah kalau x pegi oversea. yg paling penting aku selesa dgn environment aku :) tp buat kawan2 yg ade rezeki nk pegi oversea tuh, grab peluang yg ada :)
mungkin itu jalan yg diberi Allah s.w.t. insyaAllah di mane pon korg berada, Allah akan bntu korg capai impian korang. Amin~

lastly, sentiasalah yakin dgn diri sndiri n jgn terlalu terikut2 org lain. ape pon yg kite buat, sntiasa dgr pndapat n nasihat org lain. dan yang paling pnting, sentiasa berdoa agar dipermudahkan setiap urusan kehidupan di dunia dan akhirat kelak. amin~

assalammualaikum.

Wednesday, 21 March 2012

terima kasih semua :)

salam people. alhamdulillah. hari ini semua pelajar tingkatan 5, 2011 selamat ambil keputusan SPM masing2. mungkin ade yg berjaya dgn cemerlang, dan ade juga yg dpt keputusan yg sedikit mengecewakan. namun, result spm yg kurg baik bukanlah penamat hidup seseorang tuh. kalau selepas kita mengalami kekecewaan tersebut kita berani utk bangkit dan meneruskan kehidupan, tiada yg mustahil! lagipun, ramai sgt contoh2 org yg kurg berjaya ketika zaman remajanya tetapi mampu membina kerjaya yg lebih baik drpd org yg pernah berjaya. namun, bg mereka yg berhasil mendapat keputusan yg baik, jgn lupe utk ucapkan terima kasih kepada Allah s.w.t. yg memberikan rezeki tersebut. gunakan peluang tersebut sebaiknya utk bergerak maju ke hadapan.

hari ini, aku melangkah penuh debar ke sekolah. al-mathurat menemani aku ketika masih dalam perjalanan ke sekolah. gundah di hati hanya Allah yg tahu. aku memikirkan nasibku yg ntah dapat apa yg diinginkan atau tidak. bukan untk dibanggakan keputusan aku itu kpd semua org, tetapi ingin aku genggam kejayaan itu agar mudah aku meneruskan langkah utk mengisi ruang masa depanku dgn baik. aku tahu ape yg bermain di fikiran ibuku. mane nak cari duit nak biayai kos pembelajaran aku di universiti kalau tiada result yg baik utk mohon biasiswa? ape nasib anakku kalau die sukar utk mndapat peluang utk melanjutkan pelajaran dan mengejar cita2 yg diidamkan? bukan dia sahaja, malah persoalan itu terus-terusan bermain dalam minda aku. keluarga bukanlah org berada sangat. bagiku, masih sukar utk ibu bapaku mengumpul jumlah wang yg banyak utk menyambung pelajaranku. oleh sebab itu, aku terus berjanji dan aku tanam dalam diri aku, yg x mungkin aku sia2kan peluang aku blaja di sbp, dan memperoleh keputusan yg cemerlang. alhamdulillah, Allah mendengar setiap rintihan doaku, dan memberi aku peluang utk memperoleh keputusan yg sudah cukup cemerlang buatku, walaupun ramai lagi yg jauh lebih baik drpd aku. terima kasih ya Allah dan aku bersyukur dgn rahmatMu ini.

sejarah yg tercipta hari ini akan terus terpahat dalam minda aku. tp aku x boleh lalai! aku x boleh leka! x boleh alpa! x boleh terlalu gembira! perjalanan aku masih jauh, jauh lagi. semoga hari2 mendatang, dapat ku tempuhi dgn baik dan dijauhi perkara yg tidak diingini. insyaAllah :) menara gading adalah tempat yg akan aku tuju selepas ini, semoga aku akan belaja dgn lebih rajin dan baik utk mendapat kerjaya yg baik. amin~ aku harap juga diri ini akan sentiasa berada di jalan yg benar, melaksanakan semua perintah Allah dan meninggalkan larangannya, serta menjadi anak yg solehah dan insan yg berguna.

terima kasih aku ucapkan kepada kedua-dua ibu bapaku atas dorongan mereka, adik beradik yg sentiasa memberi semangat, guru2 yg tidak putus2 memberi tunjuk ajar dgn penuh sabar, rakan2 yg selalu di sisi walau apa pun yg terjadi, ahli keluarga yg memberi keyakinan pada diri ini serta semua insan yg sentiasa mendoakan yg terbaik, akan aku doakan yg terbaik utk kalian juga.

thank you very much :)

Monday, 19 March 2012

penentu :)

salam people. alhamdulillah Allah bg lagi kesempatan utk hidup. okeyh. 1 more day to go. seriously da tahap mcm nk ketuk kpale kt dinding. semestinya takut yg teramat2. tp ape pon yg Allah bg, aku yakin dia dah aturkan yg terbaik buat aku. dpt result yg baik akan memudahkan aku memilih peluang yg lebih baik utk mase depan. insyaAllah, xde yg mustahil klu kita byk brusaha, berdoa dan teruskan bertawakal.

210312, i'm looking forward to see u. semoga hari tersebut berjalan dgn lancar, penuh makna, cuaca yg baik, penuh limpahan rahmat drpd-Nya dan dijauhi perkara yg tidak diingini. Amin~

assalammualaikum.